Pelaksanaan Terapi Carakerja demi Penguasaan Kemahiran Motor Halus Murid Berkeperluan Khas di Sekolah
PDF

Keywords

Terapi carakerja
guru pendidikan khas
keupayaan motor halus

How to Cite

Zainol, M. (2013). Pelaksanaan Terapi Carakerja demi Penguasaan Kemahiran Motor Halus Murid Berkeperluan Khas di Sekolah. Journal of Special Needs Education, 3, 81–91. Retrieved from https://journal.nase.org.my/index.php/jsne/article/view/55

Abstract

Kebanyakan murid berkeperluan khas mempunyai masalah dalam kemahiran motor halus terutamanya kemahiran memegang pensel. Namun begitu, guru kurang mempunyai pengetahuan dan pendedahan tentang teknik untuk melatih murid berkeperluan khas untuk menguasai kemahiran motor halus dengan betul. Dalam konteks Malaysia, perkhidmatan terapi carakerja masih lagi tertumpu di hospital dan pusat-pusat kesihatan, tetapi tidak melibatkan sekolah secara menyeluruh. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan perkhidmatan terapi carakerja secara sistematik di sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Objektif kajian ialah untuk (1) mengenalpasti masalah kemahiran motor halus yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran guru dalam kalangan murid berkeperluan khas,(2) mengenalpasti tahap pengetahuan guru tentang perkhidmatan terapi carakerja dan (3) mengenal pasti amalan pelaksanaan terapi carakerja untuk murid berkeperluan khas di sekolah. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik. Seramai 58 orang guru pendidikan khas yang mengajar dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya dan negeri Selangor, Malaysia terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ketidakupayaan memegang pensel merupakan masalah kemahiran motor halus yang utama bagi murid berkeperluan khas. Masalah ini telah mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Didapati juga tahap pengetahuan guru tentang perkhidmatan terapi carakerja adalah tinggi namun amalan pelaksanaan terapi carakerja dalam aspek kemahiran motor halus di sekolah adalah amat kurang.

PDF
Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.