Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan kaunselor serta latihan yang diperlukan dalam menjalankan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling terhadap pelajar berkeperluan khas. Enam orang kaunselor di sebuah sekolah yang menjalankan Program Integrasi Pendidikan Khas di negeri Selangor terlibat dalam kajian ini. Data dikumpul melalui temu bual berstruktur dan tema-tema telah dikenal pasti bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaunselor mempunyai persepsi yang positif terhadap pelajar berkeperluan khas dan tahap kesediaan yang tinggi untuk menjalankan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar berkeperluan khas. Namun begitu, kajian ini mencadangkan latihan tambahan diberi bagi memantapkan lagi kemahiran kaunselor dalam menjalankan perkhidmatan kaunseling untuk pelajar berkeperluan khas.

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.