Penyesuaian Kepada Kehilangan Penglihatan dan Sikap Ahli Keluarga Dalam Kalangan Golongan Buta Dewasa
PDF

Keywords

orang kurang upaya
buta dewasa

How to Cite

Muhamad, A. S., & Lau, P. L. (2012). Penyesuaian Kepada Kehilangan Penglihatan dan Sikap Ahli Keluarga Dalam Kalangan Golongan Buta Dewasa . Journal of Special Needs Education, 2, 108–114. Retrieved from https://journal.nase.org.my/index.php/jsne/article/view/46

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perubahan dan permasalahan yang dialami oleh golongan 'but a dewasa' di kawasan Lem bah Klang. Aspek yang dikaji merangkumi masalah untuk menyesuaikan diri dengan kehilangan penglihatan dan cara ahli keluarga melayan peserta kajian setelah mereka kehilangan penglihatan. Kajian ini turut me/ihat adakah faktor jantina dan kategori kecacatan penglihatan mempengaruhi bentuk perubahan dan permasalahan yang dihadapi. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan sikap ahli keluarga yang terlalu melindungi peserta kajian memberi kesan terhadap tahap penyesuaian kepada kehilangan penglihatan rnereka. Satu set borang soal selidik diberikan kepada 49 orang peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap penyesuaian kepada kehilangan penglihatan peserta kajian berada di peringkat sederhana. Kajian juga mendapati bahawa faktor jantina dan kategori kecacatan penglihatan tidak memberi kesan dalam tahap penyesuaian kepada kehilangan penglihatan peserta kajian. Akhir sekali, kajian mendapati sikap ahli keluarga yang terlalu melindungi peserta kajian berhubung secara negatif dengan tahap penyesuaian kepada kehilangan penglihatan mereka. Dapatan kajian dibincangkan dan cadangan untuk kajian akan datang diberikan.

PDF
Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.