Analisis Pengukuran Rasch Dalam Penilaian Instrumen Indeks Ringkas Aktualisasi Diri
PDF

Keywords

aktualisasi diri
pelajar berpencapaian tinggi

How to Cite

Gnana Piragasam, G. A., Abd. Majid, R., & Mohd. Jelas , Z. (2012). Analisis Pengukuran Rasch Dalam Penilaian Instrumen Indeks Ringkas Aktualisasi Diri . Journal of Special Needs Education, 2, 115–126. Retrieved from https://journal.nase.org.my/index.php/jsne/article/view/47

Abstract

nstrumen soal selidik Indeks Ringkas Aktualisasi Diri (Brief Index of Self­ actualization) adalah instrumen daripada kajian lepas oleh Sumerlin dan Bundrick (1996). Item dibentuk sepenuhnya daripada Model Maslow. instrumen Indeks Ringkas Aktualisasi Diri telah diterjemah daripada Bahasa Jnggeris ke Bahasa Melayu. Analisis ke atas 44 item dijalankan untuk menilai ciri-ciri psikometrik instrumen sebelum digunakan untuk sampel kajian yang terdiri daripada pelajar pintar akademik di Malaysia. Kajian rintis telah dijalankan ke atas 74 orang pelajar bentmur 16 tahun yang berpencapaian tinggi dalam bidang akademik. Analisis kajian membolehkan kebolehpercayaan konstruk yang diukur dikenal pasti. Beberapa item telah dikenal pasti tidak serasi dan item-item tersebut dicadangkan oleh pengkaji untuk dianalisis semula sebelum disingkirkan. Dapatan kajian menunjukkan pelajar pintar akademik mengalami aktualisasi diri tetapi masih terdapat ruang untuk perkembangan dan penambahbaikan identiti diri. Kajian ini memberikan implikasi kepada aspek perkembangan pengetahuan tentang aktualisasi diri pelajar berpencapaian tinggi dalam bidang akademik. Kajian lanjutan yang terperinci tentang ketujuh-tujuh indeks aktualisasi diri akan dapat meningkatkan konsistensi secara dedukti kepada teori dan Model Maslow. Oleh yang demikian bentuk pengalaman pelajar yang menyumbang kepada perkembangan dan perubahan diri mereka dapat diketahui. 

PDF
Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.