Profil Isu Psikologi, Mekanisme Bela Diri dan Pola Keperluan Kaunseling Dalam Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat: Satu Kajian Kes
PDF

Keywords

pintar cerdas
isu psikologi
mekanisme strategi bela diri

How to Cite

Abu Bakar, A. Y., & Mohd Ishak, N. (2012). Profil Isu Psikologi, Mekanisme Bela Diri dan Pola Keperluan Kaunseling Dalam Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat: Satu Kajian Kes . Journal of Special Needs Education, 2, 127–137. Retrieved from https://journal.nase.org.my/index.php/jsne/article/view/48

Abstract

Kajian bersifat penerokaan terhadap elemen-elemen sokongan psikologikal dalam kalangan populasi pelajar berkeperluan khas seperti kumpulan pelajar pintar dan berbakat amat kurang d{jalankan dalam persekitaran pendidikan tempatan. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan dengan objektif untuk menyelidik isu-isu psikologi, mekanisme be/a diri dan keperluan kaunseling yang wujud dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat di Malaysia. Kajian yang menggabungkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif (mixed methods research) ini melibatkan peserta program perkhemahan cuti sekolah PERMATApintar Negara yang julung kali diadakan pada tahun 2009. Dapatan kajian rnenunjukkan isu psikologi responden merupakan tingkah laku kesempurnaan melampau (perfectionism), manakala rnekanisme be/a diri berbentuk active indirect (AT) menjadi pilihan lebih 60% daripada peserta kajian. Di samping itu, kajian mendapati keperluan perkhidmatan kaunseling pelajar pintar berbakat lebih menjurus ke arah perihal kaunseling kerjaya dan bimbingan akademik, serta lebih ketara dalam kalangan pelajar perempuan berbanding lelaki. Kajian ini dapat memberikan maklum balas berguna kepada pihak pengurusan PERMATApintar Negara sebagai rujukan asas tentang pembangunan sistem perkhidrnatan kaunseling untuk dilasanakan dalam program-program kendalian organisasi tersebut. Penyelidikan lanjutan tentang dimensi perkhidmatan sokongan psikologi ini diyakini berupaya memantapkannya untuk tujuan pelaksanaan dalam kapasiti yang lebih besar dan menyeluruh. 

PDF
Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.