Tekanan Emosi Guru Pendidikan Khas di Sekolah Integrasi
PDF

Keywords

tekanan emosi
guru pendidikan khas
sekolah integrasi

How to Cite

Zainon, H., & Ghani, M. Z. (2012). Tekanan Emosi Guru Pendidikan Khas di Sekolah Integrasi. Journal of Special Needs Education, 2, 138–149. Retrieved from https://journal.nase.org.my/index.php/jsne/article/view/49

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap tekanan emosi guru pendidikan khas dan faktor-faktor utama yang menyebabkan tekanan emosi dalam kalangan guru-guru Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di kelas integrasi. Seramai 100 orang guru-guru pendidikan khas dari J 4 buah sekolah di daerah Kulim Bandar Baharu telah terlibat dalam kajian ini. Kaedah tirifauan telah digunakan bagi mendapatkan data mengenai tahap tekanan emosi guru-guru pendidikan khas sama ada rendah, sederhana mahupun tinggi. Selain itu, soal selidik kajian ini turut mengandungi konstruk yang menyumbangkan tekanan emosi dalam kalangan guru-guru pendidikan khas. Data kemudiannya dianalisis menggunakan perisian SPSS dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratusan, min dan juga sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan tekanan emosi guru-guru pendidikan khas adalah pada tahap sederhana. Kebanyakan guru juga bersetuju bahawa mereka mempunyai pemikiran yang negatif dan perasaan tertekan yang berpanjangan akibat daripada masalah yang berlaku di sekolah. Situasi ini sekali gus menggambarkan bahawa profesion keguruan kini menjadi semakin mencabar.

PDF
Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.